Rabu, 06 Desember 2017

Wow!! Ezzaty dapat bayi perempuan



KUALA LUMPUR: Pelakon Ezzaty Abdullah selamat melahirkan puteri sulung hasil perkongsian hidupnya dengan Azwan Kombos

Bayi comel itu dilahirkan secara normal di Hospital Pusrawi, di sini dengan berat 2.9 kilogram.

"Pengalaman berada dalam bilik bersalin selama 28 jam menjadi kenangan dan pengajaran buat saya dan suami.

"Ia cukup indah untuk dikenang. Insya-Allah kehadiran puteri ini menjadi pelengkap rumah tangga saya dan suami.

"Semoga dia menjadi anak yang solehah dan berguna," katanya kepada BH Online.

Ezzaty memberitahu, ibu bapanya yang sedang mengerjakan umrah di Makkah turut melakukan solat hajat untuk memudahkan proses bersalin.

"Terima kasih atas doa semua. Alhamdulillah anak saya sihat," katanya.

Ketika ini, pasangan itu belum berkongsi nama dan gambar anak mereka.

Ezzaty dan Azwan mendirikan rumah tangga pada Julai 2016.
x

0 Komentar Wow!! Ezzaty dapat bayi perempuan

Posting Komentar

Back To Top