Mereka Terlalu Kejam Dan Zalim - Ibu Mangsa
RANTAU PANJANG: "Perbuatan mereka terlalu zalim. Hanya kerana masalah tatatertib, anak saya dipukul sehingga mati".
Demikian luahan Che Yah Che Kob, 52, ibu kepada Laskar Kelas 1, Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, yang mati didera ketika menjalani latihan fizikal di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Ipoh, Jumaat lalu.
"Saya terlalu sedih apabila mendengar perkembangan berita mengenai arwah. Tidak dapat digambarkan betapa anak saya terseksa apabila dipukul sehingga mati.
"Jika mahu denda anak saya akibat kesalahan tatatertib, dendalah dalam bentuk pengajaran, bukannya diperlakukan seperti itu.
"Apa perasaan pembunuh itu ketika memperlakukan anak saya? Adakah tiada langsung rasa kasihan sebagai rakan sekerja?
"Namun, saya tidak berdendam dengan pembunuh itu, sebaliknya kami hanya mahu keadilan dan pembelaan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bagus.
Allahyarham Muhammad Lailatulman meninggalkan seorang isteri, Nur Liya Asmira Yahya, 24 dan seorang anak, Aisya Humaira berusia empat bulan.
Sementara itu, Nur Liya Asmira berharap pihak berkenaan menjalankan siasatan secara adil.
"Saya juga akan melantik peguam bagi menuntut keadilan sewajarnya. Pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga ada berjumpa saya dan berjanji akan membuat siasatan secara menyeluruh," katanya.
Sumber : berita harian

0 Komentar Mereka Terlalu Kejam Dan Zalim - Ibu Mangsa
Posting Komentar