Selasa, 29 Agustus 2017

PUNCA DIKENALPASTI KENAPA HAZIQ NADZLI GOL SENDIRI DI FINAL SUKAN SEA BERTEMU THAILAND

PUNCA DIKENALPASTI KENAPA HAZIQ NADZLI GOL SENDIRI DI FINAL SUKAN SEA BERTEMU THAILAND

Aksi Malaysia VS Thailand dalam perlawanan pingat emas Sukan SEA KL2017 menjadi tumpuan terutamanya pasukan negara yang dalam misi untuk menebus kekecewaan tewas pada lawan yang sama pada Sukan SEA 2001.

Apa yang menarik, pasukan negara tewas ketika perlawanan itu dilangsungkan di Stadium Shah Alam.

Perlawanan dilangsungkan dalam keadaan basah kerana hujan turun membasahi kawasan Shah Alam.

Perlawanan berlangsung dalam tempo yang agak laju menyaksikan kedua-dua pasukan cuba untuk memburu gol awal.

Malaysia hampir menjaringkan gol menerusi N. Thanabalan selepas sepakan penjuru Azam Azih hampir saja berjaya disentuh penyerang itu.


Kapten Thailand turut mencuba untuk menjaringkan gol namun rembatan beliau di hadapan kotak penalti Malaysia sipi saja dari pintu gol negara.

Sepakan penjuru nyata memberikan bahaya kepada pasukan Thailand selepas mereka terperangkap beberapa kali dalam situasi itu.

Perebutan bola di udara ketika sepakan penjuru Malaysia sering dimenangi oleh pasukan negara, namun mereka gagal menanduk bola itu tepat ke pintu gol.

Haziq Nadzli menunjukkan kecemerlangan beliau apabila menyelamatkan 2 percubaan bahaya Thailand menerusi sepakan penjuru.

Rembatan jarak jauh Azam hampir memberikan gol menerusi percubaan dari jarak 25 meter, namun ia sedikit tersasar dari palang gol.

Thailand akhirnya mendahului selepas Haziq tersilap apabila tumbukan beliau terhadap bola kemudiannya memasuki gol sendiri ketika sepakan penjuru Thailand.

Safawi Rasid terus cuba untuk mencari gol penyama menerusi rembatan jarak jauh, akan tetapi rembatannya sedikit tersasar dari pintu gol.



Sepatuh masa kedua bermula dengan Malaysia terus melancarkan serangan untuk mencari gol penyamaan.

Thailand hampir menjaringkan gol kedua mereka selepas mereka berjaya mencuri bola dari Azam yang cuba menyerang.

Mujur Adam Nor Azlin berada di tempat yang tepat untuk mengeluarkan bola.

Sasalak Haiprakhon juga cuba untuk mendapatkan gol untuk pasukan Thailand namun rembatannya dari luar kotak penalti tersasar.

Pasukan negara nampaknya lebih gemar menggunakan rembatan jarak jauh dari dalam kotak penalti untuk mendapatkan gol. Namun, gerakan itu belum lagi memberikan hasil.

Danial Amier turut mencuba untuk mendapatkan gol untuk Malaysia namun percubaan beliau melambung tinggi selepas menerima hantaran dari Syazwan Andik.

Percubaan Syazwan yang melencong dari luar kotak penalti hampir saja memberikan gol! Tetapi rembatan beliau sedikit tersasar dari sasaran!

Nasib nyata tidak menyebelahi pasukan negara selepas mereka tidak berjaya menyempurnakan peluang yang ada.

Keputusan penuh, Malaysia 0-1 Thailand.

Kesebelasan utama

Malaysia: Haziq Nadzli (penjaga gol), Matthew Davies, Irfan Zakaria, Adam Nor Azlin, Adib Zainuddin (ketua pasukan), Azam Azih, Syamer Kutty Abba (Danial Amier), Syazwan Andik, N. Thanabalan, Safawi Rasid (Syafiq Ahmad), Jafri Chew (Akhyar Rashid)

Thailand: Nont Muangngam (penjaga gol), Suriya Singmui, Worawut Namvech, Saringkan Peomsupa, Rattanakorn Maikami, Sasalak Haiprakhon, Nopphon Phonkam (Shinnaphat Leeaoh), Phitiwat Sookjitthummskul, Worachit Kanitsribumphen (Nattawaut Sombatyotha), Chenrop Samphaodi (ketua pasukan), Phicha Au-Tra (Chaiyawat Buran)

0 Komentar PUNCA DIKENALPASTI KENAPA HAZIQ NADZLI GOL SENDIRI DI FINAL SUKAN SEA BERTEMU THAILAND

Posting Komentar

Back To Top