Sabtu, 26 Agustus 2017

Memberikan anak-anak pakai tudung adalah jenayah, wanita perlu bangkit menentang hukum menutup aurat -Maryam Lee

Memberikan anak-anak pakai tudung adalah jenayah, wanita perlu bangkit menentang hukum menutup aurat -Maryam Lee

KUALA LUMPUR: Memaksa kanak-kanak memakai tudung perlu dikira sebagai jenayah, menurut Maryam Lee. Tulang belakang Projek Dialog itu juga berharap akan berlaku kebangkitan untuk menentang penindasan tersebut suatu hari nanti, di mana beliau berharap akan turut sama menyertai penentangan itu kelak.


Beliau berkata, “Semakin hari semakin banyak, saya lihat bayi-bayi perempuan dikenakan tudung meliputi kepala kecil mereka. Dan saya tidak bergurau, saya pernah melihat satu daripada mereka berniqab. Saya berasa sedih kerana itu, kamu juga patut turut bersedih sama.”


Beliau juga meniupkan semangat untuk kaum wanita bangkit menentang hukum kewajipan menutup aurat yang menurutnya adalah merupakan suatu penindasan. Beliau berkata, “Bagi setiap bayi yang dipaksa mengenakan hijab, saya berdoa agar sepuluh lagi akan bangkit menentangnya satu hari nanti. Bangkitlah menentang penindasan ke atas anda, bayi-bayi saya.”

“Satu hari nanti, apabila kamu membuat keputusan bahawa telah tiba waktunya untuk kaum wanita menentang bullshit ini, saya berharap masih lagi hidup untuk turut lawan menentang bersamamu,”

katanya lagi. Sebelum itu beliau pernah mendakwa bahawa dirinya sendiri pernah dipaksa untuk mengenakan hijab dan berisiko diancam secara fizikal oleh ahli keluarganya sendiri sekiranya mendapati beliau tidak berhijab.


Beliau mengeluh, “Saya dipaksa memakai hijab semenjak berusia 9 tahun. Memakainya dan menanggalkannya sepanjang di sekolah menengah tinggi, menjalani hidup dua alam kerana saya tentu bakal menghadapi ancaman fizikal daripada ahli keluarga sendiri sekiranya mereka mendapati saya tidak memakai hijab.”

“Pada usia 25 tahun, sebagai seorang yang telah dewasa, saya masih tidak dapat membuat keputusan berkenaan tubuh badan saya sendiri. Sewaktu hari jadi saya yang ke-25 saya berkata ‘f*ck’ it, ‘f*ck’ society. Saya akan jadi diri saya sendiri dan saya akan berasa gembira,” katanya lagi.

0 Komentar Memberikan anak-anak pakai tudung adalah jenayah, wanita perlu bangkit menentang hukum menutup aurat -Maryam Lee

Posting Komentar

Back To Top