Senin, 28 Agustus 2017

Kerana Dendam, Gambar 'Aib' Seorang Wanita Disebarkan Di Media Sosial.(4GAMBAR)

Kerana Dendam, Gambar 'Aib' Seorang Wanita Disebarkan Di Media Sosial.(4GAMBAR)

Selepas lebih dua bulan memutuskan hubungan cinta, seorang gadis berusia 25 tahun kini menjadi mangsa dendam bekas teman lelakinya itu apabila gambar-gambarnya dalam keadaan aib kini disebarkan di media sosial.


Tambah malang lagi, ibarat jatuh ditimpa tangga, walau laporan polis sudah dibuat, ibu mangsa mendakwa anggota polis memaklumkan kepada beliau bahawa teman lelaki anaknya itu datang dari keluarga yang berpengaruh, justeru seolah sukar diambil tindakan.

Mangsa, Nor Fathiah, 25, memberitahu dia dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa bekas teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Irfan memuat naik gambar-gambar dia sedang tidur di ruang tamu ke laman Facebook.


Sehari kemudian gambar b0gelnya pula turut diviralkan menerusi aplikasi permesejan WeChat dengan menggunakan nombor telefon milik Fathiah sendiri.

Kata Fathiah, akibat perbuatan lelaki itu, dia dan keluarganya kini menanggung malu. Saya tidak tahu di mana saya nak letak air muka saya ini angkara perbuatan Irfan itu.

"Meskipun gambar yang dimuat naik di internet itu hanya saya sedang bertuala tetapi ia sudah cukup untuk memalukan,” kata Nor Fathiah.

Fathiah turut mendakwa, sepanjang perkenalan dengan Irfan dia mendapati lelaki itu turut terlibat dengan penyalahgunaan da-dah serta beberapa kes jenayah lain di Johor Bahru.



Loading...

0 Komentar Kerana Dendam, Gambar 'Aib' Seorang Wanita Disebarkan Di Media Sosial.(4GAMBAR)

Posting Komentar

Back To Top